ORANG yang menolak ketuanan Melayu bermakna mereka menolak ketuanan raja-raja Melayu dan usaha ini sedang terus dipropagandakan agar suatu ketika raja akan dianggap tidak relevan dalam lanskap Malaysia.
Tulisan Tan Sri Dr Nordin Kardi dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 4 Oktober tahun lalu bertajuk ‘Les loci bumi Malaysia’ memberi implikasi yang besar kerana ramai berpendapat sultan, raja atau agong hanya untuk menjaga agama Islam dan kerana itu kehadiran di bumi Malaysia hanya untuk menjaga kepentingan agama dan orang Melayu semata-mata.
Sesetengah menganggap mereka sebagai penyeri majlis sahaja.
Salah faham ini bukan sahaja implikasinya membawa kepada ‘kuasa’ raja semakin kurang jelas dan bercanggah dengan semangat Perlembagaan terutamanya dalam Perkara 132, sehingga menyebabkan sesetengah kaum lain tidak menganggap raja sebagai penguasa sebenar tanah Malaysia ini.
Sedangkan, tuan kepada tanah Malaysia ini ialah raja atau sultan yang demikian rakyat negara ini sejak dahulu membahasakan mereka sebagai ‘tuanku’. Inilah sebab agaknya Perlembagaan sejak awal telah meletakkan kuasa kepemilikan tanah, termasuklah di negeri-negeri, di bawah kuasa sultan.
Apabila bertugar ganti generasi dengan kini dicirikan dengan Generasi Y yang tiada lagi latar sejarah, maka kesannya akan menjadi semakin ketara.
Ada sesetengah rakyat negara ini tidak mahu lagi mengakui ada tuan di bumi Malaysia ini sebaliknya mahukan semua orang mempunyai hak yang sama, walhal ini bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan enakmen yang ada di negeri-negeri.
Penghormatan kepada raja bukan sahaja perlu kekal dalam Rukun Negara tetapi juga perlu dilihat terjemahannya dalam kehidupan harian.
Titah Agong dan Sultan akan tinggal dalam bentuk kata-kata nasihat dan hadirnya dalam majlis akan dianggap sebagai penyeri semata-mata, jika tiada sesuatu dilakukan untuk memulihkan imej ini.
Bagaimana kuasa berkenaan boleh dikembalikan?
Penghormatan boleh hadir secara sukarela apabila orang ramai melihat kepentingan wujudnya raja-raja, dan budi raja kepada rakyat yang tak terhingga, tetapi juga perlukan penguatkuasaan undang-undang kepada mereka yang engkar.
Inilah agaknya dalam agama perkataan ‘takut’ memberi dua makna dalam satu syiling iaitu takut berpunca daripada semangat kasih dan takut kerana ancaman syurga neraka. Perasaan kasih semakin hari semakin berkurangan di kalangan rakyat, yang memerlukan usaha drastik bagi memulihkan perkara ini.
Ketuanan Raja-Raja Melayu itu telah jelas dalam Perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri, dan sepatutnya jika ada yang menentang atau menderhaka kepada ketuanan raja-raja, orang berkenaan perlu dihadapkan ke mahkamah.
Oleh sebab peruntukan sudah ada dalam Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi negara, tetapi perkara yang berlaku sebaliknya seperti dicontohi secara simbolik dalam artikel Dr Nordin itu dengan tiada lagi samput surat bertanda ‘Urusan Seri Paduka Baginda’, maka sesuatu perlu dilakukan.
Kebanyakan agensi kerajaan sendiri pun dah tidak menggunakan sambut surat bertanda ‘Urusan Seri Paduka Baginda’.
Raja Dr Nazrin, seperti juga dalam banyak titahnya yang lain, telah mencetuskan persoalan yang agak menarik ketika Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2011 dan jika tiada sesuatu dilakukan, maka tinggalah ucapan itu dalam lipatan sejarah.
Mislanya, kerap kali kita mendengar atau melihat catatan di akhbar ucapan Sultan seperti ‘Bersatulah Orang Melayu’, ‘Perpaduan Mesti diutamakan’ atau ‘Jangan bawa Campur Tangan Asing dalam politik Malaysia’ tetapi kata-kata demikian seperti tinggal kata-kata.
Mungkinkah diperlukan satu gerakan baru, seperti wujudnya gerakan melawan Malayan Union, seandainya situasi sekarang ini mahu dipulihkan.
Siapakah yang boleh memimpin gerakan ini – Raja Nazrin barangkali boleh menggerakkan usaha ini.
Elok jika campurtangan raja dengan syarat raja-raja tidak secara bersendirian membuat keputusan sekalipun untuk negeri-negeri di bawah jajahan takluknya. Misalnya majlis raja-raja adalah platform yang cukup baik untuk menggerakkannya. Sebagai sokongan kepada majlis raja-raja, ditubuhkan pula majlis penasihat majlis raja-raja yang terdiri daripada profesional bumiputera dalam bidang masing-masing.
Sebagai contoh kepada hilangnya kuasa raja, saya yakin kes pemberian tanah melayu di kelantan sebanyak 4000 hektar kepada syarikat yang dikuasai 100 peratus oleh Ngeh Perak tidak ada campur tagan raja. Ia menunjukkan contoh bagaimana rakyat yang diberi kuasa (dalam hal ini Nik Aziz dan exco negeri di bawah PAS) sanggup melakukan urusan di luar batas termasuk undang-undang tanah negeri atas nama pengekalan kuasa. Jika ada campurtangan raja, mungkin urusan gelap ini tidak akan berlaku.

Sebelum makin ramai mempersoalkan kerevenan institusi raja, langkah awal perlu diambil untuk mengekalkan ketuanan Islam dan Melayu.
Lihat kembali instutusi kastam diraja, Polis diraja, tentera udara diraja, tentera laut diraja dsb….skrg ini hampir tinggal nama sahaja…