SEJAK KERAJAAN mengubah bahasa pengantar daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia, dan mematikan pula PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik Dalam Bahasa Inggeris), maka sistem pendidikan kembali kepada takuk asal, walaupun pelbagai idea dicadangkan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris diu kalangan rakyat.
Walaupun Hishamuddin Tun Hussein ketika menjadi Menteri Pelajaran kelihatan tidak berani untuk mengubah dasar berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana dilantik Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran begitu berani untuk mengubah dasar PPSMI walaupun menikam dada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sejak itu tidak ada lagi dasar luar biasa terhadap pendidikan negara melainkan hanya menerus dan memantapkan dasar sedia ada dengan pengubahsuaian yang bersifat lipstik. Seperti konsistennya Dr Mahathir, usaha mengubah PPSMI merupakan pemusingan jarumjam kembali ke belakang.
Begitupun untuk tidak memperlihatkan kerajaan mengabaikan usaha memantapkan bahasa Inggeris, Kementeriaan melakukan beberapa pengumuman dasar seperti membawa masuk mahasiswa Amerika Syarikat di sekolah-sekolah bagi membolehkan mereka dapat mengalirkan kebolehan itu kepada penduduk negara ini.
Kaedah yang paling alamaiah dan terbukti berjaya kepada anak-anak yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik adalah melalui peluang pendedahan dengan bahasa berkenaan sama ada melalui rumah atau persekitaran.
Kanak-kanak yang belajar di sekolah di Amerika Syarikat, Kanada atau United Kingdom dalam dua tahun sahaja dah dapat menguasai bahasa berkenaan dengan loghatnya sekali, berbanding dengan kanak-kanak yang berada dalam system persekolahan di Negara ini.
Melalui sistem persekolahan menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu sehinggalah ke university kelihatan kurang membantu untuk menguasai bahasa berkenaan malah melalui teguran bakal majikan terhadap graduan acap kali kedengaran apabila isu pengangguran berbangkit di Malaysia.
Begitu juga keluarga yang ibu bapanya menggunakan bahasa Inggeris dalam percakapan hariannya lebih memungkinkan anak-anak dapat menguasai bahasa Inggeris lebih baik berbanding dengan keluarga yang menggunakan bahasa ibundanya iaitu bahasa Melayu.
Jika kaedah menyerapan berbahasa Inggeris melalui kawan-kawan dan persekitaran dapat membantu iaitu melalui kaedah pendengaran, maka sewajarnya metodologi ini perlu dijadikan satu kaedah wajib berbanding dengan kaedah konvensional, iaitu kaedah penguasaan bahasa Inggeris melalui tatabahasa atau penghafalan kosa kata.
Sehubungan itu, ada beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pembuat dasar di Kementerian Pelajaran:
• Wajibkan asrama penuh (SBP) dan MRSM menggunakan bahasa Inggeris di luar kurikulum, misalnya di dalam asrama, di padang sekolah atau dalam aktiviti ko-kurikulum. Cadangan ini bagi menghormati dasar sedia ada iaitu penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar kurikulum.
• Kurangkan kaedah tatabahasa dalam pengajaran bahasa Inggeris kecuali di tingkatan empat, lima atau enam atas, sebaliknya tumpuan mestilah kepada perkataan keramat: listen….listen….listen. Ini kerana seseorang menguasai bahasa ibunda adalah melalui pendengaran daripada ibu bapa, bukan mempelajari tatabahasa.
• Banyak pengucap bahasa ibunbda bahasa Inggeris (native speaker) tidak menguasai tatasabahasa dengan sepenuhnya, tetapi merekla dapat ‘merasai’ apabila bercakap dengan tatabahasa yang salah.
• Makmal bahasa, nyayian dan aktiviti berbahasa Inggeris perlu digalakkan agar pelajar di peringkat rendah dan menengah bawah dapat merasai keindahan untuk menguasai bahasa Inggeris, bukan terikat dengan peperiksaan.
• Pengajaran mestilah dalam bentuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan mewujudkan kumpulan-kumpulan kecil agar mereka daoat berinteraksi dengan rakan-ralkan mereka, bukan hanya mendengar ‘lecture’ guru bahasa Inggeris.
Dengan kaedah yang dinyatakan ini walaupun ianya bukanlah kaedah baru, dan dibantu dengan dasar membawa masuk lebih banyak guru dan mahasiswa dari Amerika Syarikat atau United Kingdom, maka besar kemungkinan generasi akan datang lebih baik penguasaan mereka kepada bahasa Inggeris.
Guru-guru bahasa Inggeris di sekolah kelihatan bersedia untuk merlaksanakan dasar sebegini tetapi masih lagi tidak boleh melakukan kerana dasar peperiksaan dan ‘sukatan pelajaran mesti dihabiskan’ menghambat kreativiti mereka.
Jika Kementerian Pelajaran bersedia memberi sedikit kebebasan dan memberikan garis panduan kasar, guru-guru bahasa Inggeris akan muncul memberi cahaya baru kepada system persekolahan di Negara kita kerana mereka terlatih dengan pelbagai aktiviti di universiti ketika menjalani TESL.
Muhyiddin rasanya berani untuk melaksanakan beberapa cadangan ini sementelahan sekarang ini dalam rangka menggubal beberapa transformasi pendidikan.
4 thoughts on “Ubah Kaedah Pengajaran Bahasa Inggeris”
macam mana ucapan sharifah pulak dibawa ke dalam artikel ni tuan kori..apa pun, cadangan yang diberi amat baik dan sebahagiannya boleh dilaksana tanpa mengubah dasar sedia ada. budget pun tak besar seperti menyuruh pelajar SBP untuk berbahasa Inggeris. Apa pun, satu yang hilang adalah kita semacam tak bersedia untuk melakukan research jangka panjang. misalnya untuk cadangan di atas, kementerian pelajaran boleh mengadakan sebuah sekolah SBP, dan lakukan research jangka panjang (longitudinal) dan lihat keberkesanannya, katakan lah dalam tempoh lima tahun pelajar masuk dari tingkatan 1 hingga 5. bandingkan dengan SBP yang tak buat. Bila dah confirm kesan, boleh dilebarkan kepada semua SBP.
Ataupun ambil satu sekolah rendah, di Sintok misalnya, sebahagian masa untuk BI digunakan untuk menayangkan Disney Channel saja selama setahun dengan bimbingan guru-guru. Lepas tengok tv, pelajaran diteruskan dengan menyanyi lagu Disney. Kemudian, guru pun merumus saja pelajaran pada hari tu. Bandingkan kesannya dengan kelompok kawalan. Mesti ada beza.
Setuju dgn pandangan umar zain, supaya diadalan pilot projek di beberapa sekolah. Eksperimen kan dulu. Tak usah takut dengan perkataan eksperimen, kerana ini dah boleh dijangka kesan kebaikannya.
Seseorang yg tak tahu hukum tatabahasa, macam bahasa ibunda kita, tapi kita boleh bercakap dan menulis. Tidaklah janggal.
Byk mat salleh yg bahasa inundanya english lebih lemah tatabahasa berbanding guru TESL kita. Apakah kerana guru TESL kebanyakan cekap grammar, maka dia mahu perturunkan.

Belajar bertutur dahulu untuk menguasai vocabulary untuk orang lain faham apa yang hendak disampaikan, kemudian baru perbaiki tatabahasa.
Memang betul tuan.