POLITIK / PRU 13

Faktor Najib dan Anwar (Analisis dan Ramalan PRU13 Bah IV)

Image

“MASIH ramai yang mamai dan sokong waima Anwar cakap 2+3 =10…”

DALAM beberapa segi, Anwar Ibrahim lebih senior daripada Najib Tun Razak sama ada dari segi usia yang berbeza enam tahun mahupun pengalaman politik peringkat nasional kerana Anwar pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO lalu menyerahkan kepada Najib pada tahun 1987.
Anwar pun jauh di sudut hatinya sehingga kini menganggap Najib sebagai anak didiknya, yang dia lebih pandai daripada Najib yang kelihatan terlalu ‘play safe’ dalam setiap keputusan yang akan dibuat, dan kerana itu bukan sukar untuk mengalahkan Najib.
Pada tahun 1987, Anwar sebagai Ketua Pemuda telah menyerahkan jawatan Ketua Pemuda kepada Najib apabila beliau bertanding Naib Presiden UMNO dan begitu juga apabila Anwar bertanding Timbalan Presiden UMNO, Najib pula memasuki barisan Naib Presiden UMNO pada tahun 1993.
Ini bermakna dalam politik, Anwar sentiasa menjadi ketua Najib.
Begitulah juga dalam kerajaan, Anwar menjadi Menteri Pendidikan dahulu dan kemudian diikuti Najib; Anwar menjadi Menteri Kewangan dahulu barulah Najib dan Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu sebelum Najib.
Bagaimanapun, Najib menjadi Perdana Menteri dahulu sebelum Anwar.
vs3
Oleh sebab perbezaan dari segi hirarki politik dan pentadbiran berdekatan antara Anwar dan Najib, maka orang disekeliling kedua-dua tokoh ini juga hampir orang yang sama, atau sekurang-kurangnya bersimpati kepada kedua-duanya.
Orang kanan PKR, misalnya, Saifuddin Nasution menjadi penyokong kuat kepada Anwar manakala Setiausaha politik Najib Sahlan Nasution pula menjadi orang kuat Najib.
Anwar mempunyai penyokong yang bukan sedikit di kalangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), manakala banyak juga kalangan ABIM dan PKPIM menjadi ‘inner circle’ Najib, seperti Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah dan beberapa pegawai di Pejabat Najib.
Walaupun begitu, personaliti anggota ABIM dan PKPIM tidak semestinya boleh dibakulkan sama kerana misalnya, Saifuddin yang pernah menjadi Presiden PKPIM kurang berminat kepada aktiviti hiburan dan tidak pernah dilihat boleh menyanyi dan menari, tetapi Anwar mempunyai kebolehan itu.
Anwar bukan sahaja boleh berkhutbah, malah boleh menyanyi dan menari selain berkebolehan beretorik dalam pidatonya.
Pengaruh Anwar dalam Pilihan raya Umum Ke-10 pada 1999 yang menyebabkan BN khususnya UMNO menjunam tidak boleh dinafikan.
Dalam PRU-10, UMNO mendapat 72 sahaja kerusi Dewan Rakyat daripada pilihan raya sebelumnya sebanyak 92 kerusi, manakala waktu itu MCA (boleh dibaca sebagai pengundi Cina) memberi sokongan padu kepada Kerajaan sehingga MCA yang kerusinya 30 hanya berkurangan 2 sahaja, dalam situasi krisis politik agak parah.
Adakah kerana Anwar dalam Penjara pada tahun 2004 menyebabkan BN dan UMNO memenangi kerusi yang agak lumayan, berbanding ketika Anwar di luar penjara pada pilihan raya ke-12 pada 2008?
Kaitan kelihatan signifiken, dan kerana itu PRU-13 ini juga Anwar sangat aktif dan menggunakan segala sumber dan pengalamannya untuk menjunamkan kerajaan BN bagi merampas Putrajaya kerana beliau ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri tidak sempat menikamati rumahnya di Seri Perdana.
Anwar mengetahui berapa dana yang BN belanjakan untuk setiap PRU kerana beliau pernah mengetuai pilihan raya ketika dalam kerajaan, dan mengetahui strategi atau GSPS (Gerak Saraf dan Perang saraf) yang digunakan BN selama ini.
Dana tidak sedikit yang ada pada Anwar kali ini dan pakar dari beberapa NGO antarabangsa turut membantu Anwar bagi menaikkan imejnya sehingga menjadi begitu kebal.
Tidak ramai ahli politik seluruh dunia yang disahkan mahkamah sebagai peliwat, tetapi masih lagi boleh mengumpul pentaasub yang ramai, tetapi Anwar kebal.
Tidak ramai ahli politik yang CCTV jelas memperlihatkan imejnya sehingga jam Omega yang ditinggalkan dalam bilik dengan amoi tanpa mampu membuktikan ada dipihaknya sehingga sekarang, tetapi ramai juga yang masih mempercayai akan tokoh dalam CCTV berkenaan bukan Anwar.
Dengan kata lain, masih ramai yang akan mengakui waima Anwar menyatakan 2+3 =10.
Najib tidak sekebal Anwar dari segi imej tetapi kepercayaan orang ramai semakin meningkat kepadanya kerana banyak janji yang dinayatakan, dikotakan sedangkan Anwar lebih banyak menggunakan retorika dalam pertemuan dengan orang ramai.
Dalam usia 66 tahun dan jika kalah kali ini, Anwar akan berusia 71 tahun untuk berlawan sekali lagi dengan BN pada PRU-14 pada tahun 2018 – suatu usia yang agak kurang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, apa lagi kesihatannya juga mungkin akan terganggu.
Bukan sahaja usia yang Anwar tidak sanggup untuk menunggu sekali lagi bahkan pemberi dana juga akan merasai usaha sia-sia, dan kepada pendana samseng, tindakan tertentu akan dikenakan kepada Anwar jika tidak menjadi Perdana Menteri kali ini.
Malah, dalam pilihan raya yang lalu walaupun parti pakatan jauh daripada mencukupi majoriti mudah pada tahun 2008, Anwar mungkin kerana desakan pendana dan penaja berusaha merampas Putrajaya melalui pintu tidak demokratik dengan cara membeli kurang lebih 30 anggota BN.
Namun, 16 September 2008 yang dikatakan Anwar sebagai peneraju kerajaan tidak berjaya.
Kali ini Anwar akan menggunakan apa cara sekali pun sama ada strategi cerah atau gelap untuk menduduki Seri Perdana yang diidamkan sejak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Ini bermaka cabaran kepada BN yang diketuai oleh Najib kali ini bukan kecil, kerana sekali kalah BN mungkin tidak akan bangun lagi sehingga kiamat.
Jika pemerintahan bertukar dan negara ditakdirkan berada dalam malapetaka dasyat, Najib dan barisannya akan menerima kutukan sehingga sejarah sendiri segan untuk mencatatkannya.
Ini bermakna Najib tidak dapat tidak perlu menggunakan kuasa kuda sekurang-kurangnya dua kali ganda yang digunakan ketika regim Mahathir dan Pak Lah menghadapi pilihan raya.
Segala strategi dan kebijaksanaan perlu dimaksimumkan tanpa lagi perlu mengkotak-kotakkan penyokongnya kepada ‘orang Mahathir’, ‘orang Pak Lah’, tetapi memanfaatkan agar BN boleh hidup seribu tahun lagi.
Selain itu berbanding dengan Anwar, orang ramai merasai dekat ‘budi’ Najib kerana melihat dan merasai sumbangan kerajaan BN kepada orang ramai yang berterusan sejak beliau menjadi Perdana Menteri.
Orang ramai atau pengundi akan membuat keputusan ketika pilihan raya bukan sahaja apa yang lunak didengar melalui kata-kata atau manifesto pilihan raya, tetapi juga yang dirasai sehari-hari seperti pemberian kenaikan gaji kakitangan kerajaan dan bonus, serta pemberian RM500 BRIM.
Justeru, PRU-13 akan menyaksikan sama ada BN akan jatuh menjunam sehingga tidak bangun lagi hingga kiamat, atau Anwar yang jalan hidupnya sungguh berwarna-warni ini akan bersara dari politik Malaysia?

3 thoughts on “Faktor Najib dan Anwar (Analisis dan Ramalan PRU13 Bah IV)

  1. Lumrah politik bila berkuasa memang la macam ni. kredibiliti sang penyandang yang lama bertapak membuat ramai pengundi dan bakal pengundi merasakan undi BN lebih selamat namun tak pernah dinafikan pengaruh Anwar sekarang amat hebat. Betol 200% tuduhan kepada anwar macam langsung tak melekat dan menunjukkan dia di puncak kareer politik. entahlah PRU 13 ni mcm mn

  2. anwar dan najib … apa pun pandangan kita …. keputusan pilihanraya akan menentukan.. rakyat sekarang bukan macam dulu… benci tapi x tunjuk… suka berpura-pura… internet pula… 1 orang boleh create lebih 10000 akaun… entahlah susah nak teka… apa pun moga PRU 13 aman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s